Monday, January 3, 2011

Surat Beradat (yang ingin menulis surat beradat)

Bab 7 - SURAT BERADAT (semoga membantu)


7.1 PENGENALAN
Surat beradat ialah surat yang diutuskan oleh rakyat kepada raja, orang kenamaan kepada raja-raja, raja kepada orang-orang kenamaan, di antara raja yang memerintah kepada kerabat di raja dan di antara raja-raja yang memerintah sesama raja.

Pengirim dan Penerima
 1. Rakyat kepada orang besar-besar yang bergelar.
 2. Rakyat dan orang besar-besar yang bergelar kepada Sultan.
 3. rakyat jelata kepada pegawai-pegawai tinggi.
 4. rakyat kepada Perdana Menteri

Permohonan surat beradat meliputi empat perkara:
i) permohonan dan pengaduan terhadap sesuatu perkara.
ii) Perkara yang dipohon/ diadu biasanya besar dan penting
iii) Bahasa yang digunakan hendaklah halus dan lembut sebagai tanda hormat kepada orang yang dituju dan sesuai pula dengan pangkat dan kedudukan penerima.
iv) Surat itu biasanya mengandungi hujah-hujah dan keterangan yang berkesan.


7.2 FORMAT SURAT BERADAT (sesetengah negara boleh lah merujuk)
Penulisan surat beradat hendaklah mematuhi format berikut:
 a.kepala surat- menggunakan perkataan Arab yang membawa maksud yang baik / mengikut kehendak pengirim surat. Penggunaan kata-kata pujian tentang penerima surat/doa untuk penerima surat
 Tujuan untuk memuliakan penerima surat.
 Surat yang ditiru daripada surat kiriman arab dan parsi.

Contoh : Waliyu’l hasanat- penghulu segala kebaikan.
 Ya Rafiu’l-darajat – ketinggian darjat/kedudukan
 Ya Rahim- yang penyayang
 Ya ‘Aziz – yang mulia
 Ya Karim- yang mulia
 Ya Taj al-Wafar


b.alamat surat – merujuk kepada nama/ gelaran dan alamat:
i) mengikut Sultan negeri-negeri/ kerabat diraja
ii) mengikut nama pembesar negeri/pemimpin/wakil rakyat
iii) jabatan
Contoh:
Mengadap ke majlis yang mulia Dato Setia Wangsa, yang beristirehat di Kampong Ladang, Kuala Terengganu, dengan sejahteranya. Amin.

c.maksud surat- tujuan surat beradat
-bercemar duli = Sultan/raja menghantar surat kepada sesebuah organisasi/ individu untuk melakukan lawatan kerja.
-mencemar duli = surat dihantar untuk mempersilakan Sultan/raja untuk lawatan kerja.
Sebelum sesuatu tujuan atau maksud surat ditulis, wujud perkataaan Arab iaitu Amma ba’du (adapun selepas itu) sebagai tanda pujian-pujian dari awal hingga akhir inti surat.
Contoh:
Daulat tuanku bertambah-tambah daulat!

d.menamatkan surat dan tanda tangan – mempunyai penutup yang bergantung kepada pengirim surat beradat.
Contohnya:
-Sekian dimaklumkan
-Saya/ patik sudahi dengan sembah dan takzim
-Demikianlah sahaja patik maklumkan. Disudahi dengan ingatan tulus ikhlas yang berkekalan dan diharapkan sentiasa dalam keadaan sihat ‘afiat arif waras aman sentosa, adanya.
-Had inilah sahaja, patik pacal yang hina berdatang sembah dan dipohonkan sembah ampun dan timbang kurnia daripada ke bawah Duli jua, adanya


7.3 PENGGUNAAN BAHASA DALAM SURAT BERADAT
a. bahasa Arab - dalam kepala surat
b. bahasa Melayu lama
c. bahasa Sanskrit
d. bahasa istana
e. bahasa biasa

CONTOH:
a.al-mustahiqah
b.ya qadiyal hajat
c.amma ba'du
d.patik pacal yang hina
e.menjunjung kasih
f.adalah patik dengan penuh hormat dan setia
g.daulat Tuanku bertambah-tambah daulat


7.4 PERATURAN PENULISAN SURAT BERADAT KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG


1. Lafaz Bismilah Al-Rahman Al-Rahim
2. Perkataan Mengadap
3. Kata puji-pujian-Nama penuh Seri Paduka Baginda Tuanku dan Pangkat/anugerah dan pujian di atas pemerintahannya.
 Contoh:
 Dengan hormatnya, patik merafakkan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhana Wataala, mudah-mudahan Seri Paduka Baginda Tuanku dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam selamat dan kesejahteraannya.

4.Salam Pembuka Penuh- Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
5. Kandungan / isi surat
6. Penutup surat
7. tandatangan dan jawatan


ASPEK BAHASA DAN BUDAYA

 Kandungan bahasa berbunga-bunga kerana pengaruh terjemahan bahasa arab dan parsi.
 Penggunaan bahasa mestilah bersesuaian dengan penerima. Jika Seri Paduka Baginda Tuanku, bahasa dirajanya hendaklah ringkas dan mudah difahami.
 Penulisan surat beradat menunjukkan aspek budaya yang tinggi kerana mengambil kira penerima surat sebagai orang yang perlu dihormati dan disanjungi.
 Budaya Melayu yang mementingkan institusi Kesultanan Melayu


disclaimer - tidak bertanggungjawab jika format kini sudah pun di ubah. Semoga dapat membantu pelajar juga pencari pencari contoh menulis surat beradat.

Thanks to Puan Saliza - 2007.

No comments:

Post a Comment